Blogger Widgets
Blogspot Tutorial
Blogger Widgets
Blogspot Tutorial
Blogger Widgets
Blogspot Tutorial

Saturday, 29 September 2012

meleleh air liurr ,....


Ikan, Udang, Ketam dan Sotong Celup Tepung Pantai Penarik



Perairan negeri Terengganu yang luas menjanjikan khazanah laut yang tidak ternilai kepada penduduk negeri ini. Ini menjadikan sektor perikanan sebagai sektor yang tidak kurang pentingnya kepada pembangunan ekonomi penduduk di Negeri Terengganu ini kerana ikan atau hasil laut lain merupakan sumber protein utama kepada penduduk Malaysia amnya. Masih ada penduduk di pesisir pantai Terengganu yang bekerja sebagai nelayan pinggir pantai untuk menyara keluarga dan ada nelayan yang sudah memiliki bot besar untuk membelah laut China Selatan.

Hasil laut yang segar boleh didapati dengan mudah di sini malah boleh didapati dengan harga yang murah. Antara makanan kesukaan masyarakat di sini ialah makanan laut yang digoreng celup tepung. Ikan, udang, ketam atau sotong digoreng celup tepung dan dicicah dengan sos cili. Banyak gerai-gerai makanan hasil laut ini dibuka di tepi-tepi jalan di sekitar negeri Terengganu ini. Antara gerai yang paling terkenal ialah di sepanjang jalan di Pantai Penarik. Anda boleh singgah seketika di gerai-gerai ini ketika melalui Jalan Pantai ke Kota Bharu.


Gerai Hasnik Seri Menanti, gerai makanan laut yang paling terkenal di Penarik.



Selain ikan, udang, ketam dan sotong celup tepung ini, menu wajib yang ditawarkan di sini ialah air kelapa dan juga keropok lekor. Hidangan ini sesuai untuk minum petang bersama keluarga sambil menikmati angin Laut China Selatan di Pantai Penarik ini.



Udang Celup Tepung







Gerai Sotong Celup Tepung di sepanjang Pantai Penarik

klik imej untuk besarkan

Monday, 10 September 2012

masjid kristal & muzium negeri terengganu

Salam readers!

baiklah..
mari kita sambung semula kisah pengembaraan kita di kuala terengganu!

orait semua..
pada cuti maal hijrah yang agak panjang pada minggu lepas..
kami berempat (aku, jooling, yipsong dan jeff) pergi la berjalan-jalan mencari tempat yang menarik utk dilawati di sekitar kuala terengganu yang berbahagia ini.

korang..mari sini aku cerita sket kat korang tentang kuala terengganu ni.
harga makanan kat sini semua nya humang aihhhh
mahal kemanenen!
bangkrap aku duduk sini wei..
sampai mak aku perli haritu time mintak duit lebih.
dia cakap 'ha ibu dah masukkan duit.jimat sket belanja.jangan asik makan emas je'
uih uih bonda.kemain kasar lagi gurauan tersebut.haha
well, anakanda bonda ni bukannya makan emas kat sini..
tapi makanan kat sini semuanya setanding harga pasaran petrol antarabangsa
apa la yang boleh anakanda lakukan lagi? heh *flipshijab*

so, sebelum memulakan proses menjalangkan diri penjalan-jalanan ini..
kami singgah makan di gerai nasi kerabu fauzi.
malas nak cerita lokasi dia kat mana.korang google la sendiri
tapi apa yang penting..nasi kerabu dia memang pergh cantik menarik tertarik kau memang debomb.
nasi lembut,kerabu sedap.ditambah pula dengan keenakan serta kemanisan ayam madu nya..and harga 1 pinggan nasi kerabu ayam ni hanya rm3!
oh akhirnya kami bertemu juga dengan gerai makanan yang menjual harga makanan yang mengikut harga pasaran malaysia.
terharu nyah jumpa nasi harga rm3 ni tau!


sedap sedap sedap

intan dan jeff.tengok muka dah tau gembira dapat makanan.

yipsong dan jooling

sesudah makan,kami terus pergi ke masjid kristal..
nasib baik lah waktu kami melawat ni hari tak hujan..
boleh lah bergambar-gambar dengan masjid yang cantik ini.

oh btw kami tak masuk pun taman tamadun islam yang ada banyak2 replika masjid dari serata dunia itu..
bayaran rm15.sangat mahal kot!


oh ye..
masjid kristal ini sangat cantik..
cantik di luar, lebih cantik di dalamnya..
penuh dengan ukiran..dan apa yang membuatkan aku lebih kagum ialah dengan susunan-susunan telekung nya..
telekung yang digantung untuk kegunaan muslimah cantik-cantik dan bersih semuanya..
macam ni lah baru betul..ni tak..
kebanyakan masjid atau surau yang aku pernah pergi hanya mengambil remeh perkara ini..
langsung tak mencerminkan ciri-ciri keislaman betei.




cantik

seterusnya..
kami pergi ke muzium negeri terengganu pula..
lokasinya berhadapan je dengan masjid kristal ni..

memula ingat muzium negeri terengganu ni biasa-biasa je la macam negeri lain punya..
bila dah nampak je bangunan tu..
hamagadd besarnya bangunan muzium ni!
serius besar wei..haha

tapi isi kandungan dalam muzium ni sama je macam muzium2 yang lain..
tentang sejarah2 terengganu lah ofkos.
takkan tentang sejarah penubuhan kumpulan superjunior plak.
eh apa aku melalut ni.






dah penat jalan-jalan..
jom pergi makan lagi.
dah kebetulan muzium ni terletak di kampung losong..
makanya apa ye kemkawan semua?
ye...tepat! keropok lekor losong! *tepuk tangan*

ohmai aku sangat suka dengan keropok lekor losong rebus tau..
last dulu aku makan masa zaman matrik dulu..
dan akhirnya kita bertemu kembali! *peluk2 keropok lekor*
yang bestnya tu kan..yipsong dan jooling tanya aku berapa ringgit aku beli keropok lekor tu..
aku kata murah lah juga compare kL punya harga..
aku beli 25 batang = rm5
then mereka kata la 'oh..so satu batang ialah 20sen..'
aku pun macam..eh?wtf aku ingat 25batang = rm5 tu murah padahal sama je la harga dengan keropok lekor kL!
hahaha
gila.matematik gila.


lepas ni nak mintak royalti dengan encik pak su ini


actually lepas tu kami ada singgah kedai jual kuih-muih yang super banyak pula..
tapi takut korang cakap 'eh ni blog intan ke blog jalan-jalan cari makan ni?'
maka baiklah aku continue cerita tu dalam next post.
haha.

ok till next post. daaaaa!

p/s: terengganu why you no holiday on sundayyyyy!my oppas is coming to pJ this weekend huaaaaaaaa! T_T

rantau abang ,..terengganu ,,

Tengok Penyu Berenang Di Rantau Abang

Rantau Abang adalah tempat penyu bertelur. Biasanya pada bulan April hingga Ogos adalah musim bertelur di Rantau Abang. Penyu akan mendarat pada waktu tengah malam sehingga pagi. Pantai sepanjang 3 km menjadi pilihan penyu mendarat kerana dikatakan di pantai ini mempunyai ibu penyu.
Di tepi pantai ini terdapat kawasan penetasan telur penyu. Telur penyu yang dikutip akan ditanam dalam pasir tujuan kajian dan pemeliaharan supaya tidak mati dimakan burung. Telur ini akan diram selama 60 hari.
Di sebelah pusat penetasan terdapat takungan pembiakan penyu. Anak-anak penyu yang baru lahir akan diletakan dalam takungan air. Di sini pihak Pusat Penyu & Ekosistem Marin (TUMEC) membuat kajian tentang habitat dan pemuliaharaan dari pupus.
Anda dapat melihat penyu agar, karah dan lipas sedang berenang dalam takungan air. Pada tahun 1980 an pantai ini menerima kunjungan penyu belimbing sebayak 800 ekor. Penyu belimbing merupa spesis penyu terbesar seberat 1.5 tan dan mampu bertelur 60-120 biji. Keanehan penyu ialah apabila bertelur air mata akan keluar dan penyu ini sanggup datang beribu-ribu batu seperti dari Amerika semata-mata untuk bertelur di Rantau Abang.
INFO
 Tumec menerima peruntukan RM5 juta tahun depan
 20 penyu mati terperangkap dalam pukat pari sehingga Ogos 2006 dilaporkan di Terengganu
 499,565 anak penyu belimbing dilepaskan ke laut 1961-2005
 1,158,831 anak penyu agar dilepaskan ke laut 1990-2005
 12,792 anak penyu lipas dilepaskan ke laut 1990-2005
 12,726 anak penyu karah/sisik dilepaskan ke laut 1990-2005
 800 sarang penyu belimbing pada awal 1980-an
 5 sarang penyu belimbing tahun ini
 4 daripada 7 spesies penyu yang wujud di dunia mendarat dan bertelur di pantai Terengganu
 80-85 peratus telur penyu berjaya dieram setiap tahun
 15-20 peratus telur penyu tempatan di jual di pasar
 11 kawasan rezab penyu termasuk terbaru di Telaga Papan, Setiu
Kepunyaan
Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC)
(TURTLE AND MARINE ECOSYSTEM CENTER), Jabatan Perikanan Malaysia,
Rantau Abang, 23050 Dungun, Terengganu, Malaysia
No. Telefon: +609 845 8169/+609 845 8169
No. Faks: +609 845 8017
Email: tumec@fri.gov.my

Jarak :
60 km dari Kuala Terengganu
15 km dari Dungun

Musim Bertelur:
April hingga Ogos

Jenis Penyu
Agar, Karah, Lipas
Belimbing spesis penyu yang terbesar.

Pengangkutan
Teksi dan bas. Boleh dinaiki di Dungun atau Kuala Terengganu

Teksi
Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Penginapan

De Teratai Beach Resort - 017 987 8454
Turtles De Village Inn - 014 808 3137

Sunday, 9 September 2012

nasi dagang itulah namanya ...


Kelazatan Nasi Dagang Asli Terengganu

Jalan-jalan.. cari "makang"..ewahh.. hari ini awee Cuma nak cerita tentang perihal nasi dagang. Teringat kelazatan dan kelemakan nasinya. Umph…sedapnya..

Nasi dagang sememangnya terkenal dan merupakan hidangan istimewa di negeripantai timur khususnya Negeri Terengganu “kiter”. Kebiasaannya nasi dagang asli Terengganu diperbuat daripada campuran beras pulut dan di masak bersama-sama santan. Hidangan ini biasanya dihidangkan dengan gulai istimewa yang di masak dengan rempah khas. Rasanya pun berlainan daripada kari biasa tau. Ikan yang digunakan dari jenis ikan “aya hitam” atau bahasa mudah ikan tongkol ditambah keceriaannya dengan acar timun. Waw! Sedapnya.

Mengikut sumber yang Awee perolehi dari pakcik google, asalnya kenapa di namakan nasi dagang kerana nasi ini cuma mempunyai satu lauk sahaja, mudah disediakan bagaikan mereka dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk pauk yang banyak.

Nak cuba resepi Nasi Dagang Asli Terengganu?

Melalui pembacaan dan cara keluarga Awee sediakan nasi dagang, begini lah lebih kurang resepinya.

Bahan-bahan
1 cawan beras pulut
3 cawan beras biasa
1 biji kelapa (saiz agak besar)
10 ulas bawang merah
1 ruas jari halia
1 camca halba
2 sudu besar gula

Garam sedikit rasa Kelapa hendaklah di ambil dan diasingkan santan pekat dan santan cair

Bawang merah & halia yang telah dihiris halus, halba, gula dan garam dimasukkan ke dalam santan pekat

Cara penyediaan
Beras pulut dan beras biasa dicampurkan bersama dan direndam dengan air sejuk selama 6 jam. Kemudian basuh bersih dan toskan.

Panaskan air dalam periuk kukus hingga mendidih. Kukus beras sehingga 3/4 masak. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Gaul beras dengan santan cair hingga rata. Kemudian kukus sekali lagi hingga masak.

Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Kali ini gaul dengan santan pekat yang bercampur dengan bahan hirisan/mayam dan perasa hingga rata dan sebati.
Nasi tidak perlu dikukus lagi


Gulai Nasi Dagang AsliBahan-bahan
1-½ kg ikan kayu/tongkol/tenggiri
2 biji kelapa (ambil santannya)
3 sudu besar Gula merah, 10 lada besar (hijau+merah), segengam cili api, 15 biji asam belimbing buluh ( jika tiada boleh ganti dgn tomato 5 biji)
Minyak masak secukupnya

Bahan A(Rendam dan blend)
=> 3 sudu besar Ketumbar
=> 3 sudu besar Jintan Manis
=> 5 biji Buah keras
=> 1 sudu besar Lada hitam

Bahan B ( Hiris halus + Blend)
=> 2 inci Halia
=> 2 inci Lengkuas
=> 1 mangkuk Bwg merah
=> 2 labu Bwg putih
=> 3 kotak Belacan (kotak kecil)

Bahan C (rendam dgn air panas + blend)
1 mangkuk cili kering


Cara penyediaan
Ikan disiang dan dibersihkan dgn asam jawa dan garam. Lepas dicuci masukkan ikan ke dalam periuk. Letak sikit air 1/2 drp paras ikan dlm periuk. Tambahkan garam dan asam jawa (dgn bijinya sekali). Masak guna api sederhana sehingga ikan masak dan air kering.

Gunakan kuali besar, letak minyak (1-1/2 mangkuk) utk menumis bahan A dahulu, diikuti B dan C tadi. Pastikan bahan2 naik bau dulu barulah letak bahan yang seterusnya.

Curahkan bahan tumisan kedalam periuk yg ada ikan tadi. Buka api dapur sederhana dan tambahkan santan kedalam periuk tadi.

Masuk sekali gus gula merah, lada besar, cili api, asam belimbing/tomato. Jika pekat sangat kuahnya bolehlah tambah air.

Masaklah sehingga sebati dan mesra bahan2 tu. rasalah kuah. Jika kurang masam, tambah air asam jawa lagi. Tambah   Tambah garam gula.

p/s : kalau tak berapa nak asli rasanya kena cuba Tanya orang "ganu". Mungkin sukatan garam nya terlebih..hihihi..

keropok lekor warisan


Lazatnya Keropok Losong


Sebut aje Losong terbayang dalam kepala kelazatan keropok lekor asli Terengganu. Pergh!!! Siapa yang tak kenal Losong yang sememangnya menjadi buah mulut sesiapa saja yang berkunjung ke Kuala Terengganu sebagai tempat pembuatan keropok lekor terbesar negeri warisan pesisir pantai ni. Perjalanan Cuma ambil masa 10 minit jer dari Bandar raya Kuala Terengganu.Bagi yang tak pernah tahu, keropok lekor atau lebih dikenali sebagai ‘kepok gote’ di kalangan penduduk Terengganu, dibuat daripada ramuan ikan dan sagu. Kemudian diadun dan digentel menjadi seperti bentuk ala-ala sosej dan boleh dimakan sama ada digoreng atau direbus. Sedap tu..
Ramai rasanya yang tahu tentang keropok Losong tapi tahu tak macam mana nama Losong tu diperolehi? Betul tak?

Kampung Losong atau nama asalnya Kampung Losong Haji Su diambil sempena nama seorang qariah kampong ni. Keropok “gote” lebih dikenali di Losong memandangkan rasanya yang enak serta lebih lembut berbeza daripada tempat lain selain saiznya kecil serta panjang ala-ala sosej “gitu” menyebabkan keropok ni terkenal suatu ketika dulu.

Dahulunya di Losong, pengusaha-pengusaha keropok lekor menghasilkan keropok lekor bersaiz kecik hanya lima hingga enam inci saja yang rasanya lebih enak daripada keropok lekor di tempat lain. Jadi ramai penggemar dan peniaga luar mendapatkan bekalan keropok“gote” di sini. Lama-lama bila jadi sebutan maka tercipta lah nama “keropok Losong” Begitulah al-kisahnya.

Sekarang dah jadi satu kemestian kepada pengunjung singgah ke Kampung Losong Haji Su jika berkunjung ke Kuala Terengganu. Nyum..nyum lazatnya….
Kalau nak pesan keropok Losong boleh hubungi pengusaha Keropok Losong. Kat sini Awee lampirkan beberapa lampiran "contact person" untuk dihubungi.


Warisan Keropok Enterprise 
94-E, Kg.Losong Haji Su 
21000 Kuala Terengganu 
Telephone No: 09-6251414
Hp No : 012-9611114 

KY Food Industries (M) Sdn.Bhd 
140, Kg. Losong Haji Su 
21000 Kuala Terengganu 
Telephone No: 09-6225020
Hp No : 013-9381258 

Kedai Kita (Pak Cik Din) 
Kg. Losong Haji Su 
21000 Kuala Terengganu 
Telephone No: 09-6261215
Hp No : 013-9291215